LIGHTING DALAM VIDEOGRAFI
15 – TEKNIK PENCAHAYAAN (LIGHTING) Three Point Lighting Three-point lighting (pencahayaan tiga titik) adalah method yang standard pencahayaan yang digunakan dalam fotografi, video, film, dan sebagainya. Cara ini adalah sistem dasar pencahayaan yang digunakan secara luas kerana sederhana dan dapat menonjolkan subjek dari latar belakang. Dengan menggunakan tiga posisi terpisah, kita dapat menerangi subjek dan juga mengendalikan (atau menghilangkan seluruhnya) bayangan yang dihasilkan oleh pencahayaan secara terus. Tiga komponen dari pencahayaan tiga titik adalah key light, fill light, dan back light. Key Light Key light adalah cahaya terkuat dan paling penting dari tiga cahaya yang digunakan dalam teknik ini. Sumber cahaya ini ditempatkan di antara sisi kamera dan subjek sedemikian rupa (biasanya membentuk sudut 45o) sehingga satu sisi subjek akan terang, tetapi sisi lain agak gelap. Key light adalah yang membuat subjek nampak tetapi tidak memiliki detail b...