Rabu, 27 Maret 2019

LIGHTING DALAM VIDEOGRAFI

15 – TEKNIK PENCAHAYAAN (LIGHTING)

Three Point Lighting
Three-point lighting (pencahayaan tiga titik) adalah method yang standard pencahayaan yang digunakan dalam fotografi, video, film, dan sebagainya. Cara ini adalah sistem dasar pencahayaan yang digunakan secara luas kerana sederhana dan dapat menonjolkan subjek dari latar belakang. Dengan menggunakan tiga posisi terpisah, kita dapat menerangi subjek dan juga mengendalikan (atau menghilangkan seluruhnya) bayangan yang dihasilkan oleh pencahayaan secara terus. Tiga komponen dari pencahayaan tiga titik adalah key light, fill light, dan back light.
Key Light
Key light adalah cahaya terkuat dan paling penting dari tiga cahaya yang digunakan dalam teknik ini. Sumber cahaya ini ditempatkan di antara sisi kamera dan subjek sedemikian rupa (biasanya membentuk sudut 45o) sehingga satu sisi subjek akan terang, tetapi sisi lain agak gelap. Key light adalah yang membuat subjek nampak tetapi tidak memiliki detail bayangan yang bagus dan menghasilkan gambar yang tidak natural.
Fill Light
Fill light digunakan sebagai sumber cahaya sekunder untuk key light dan ditempatkan di sisi berlawanan dari subjek (membentuk sudut -45o). Sumber cahaya ini tidak seterang key light, kerana hanya digunakan untuk mengisi bayangan yang dihasilkan key light. Fill light membantu mengurangi bayang yang dihasilkan oleh key light sehingga gambar nampak lebih natural.
Back Light
Back light ditempatkan di belakang subjek dan digunakan untuk pencahayaan subjek dari belakang. Back light boleh lebih terang atau lebih redup dari key light; sumber cahaya ini akan memberikan highlight yang cukup pada subjek dan memisahkan subjek dari latar belakang. Back light menambah kedalaman gambar, sehingga membuat tampilan gambar menjadi tiga dimensi.